Thursday, May 16, 2013

PERKHIDMATAN SSM

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA - SSM

1. Membaharui Pendaftaran Perniagaan
2. Mendapatkan salinan pendafrtaran perniagaam
3. Mendapatkan salinan maklumat perniagaan

SSM juga menyediakan perkhidmatan atas talian, tetapi pihak pengurusan tidak menjalankan perkhidmatan ini kerana ia agak rumit dan memakan masa.

SSM tidak membenarkan agen atau pihak ketiga menjalankan urusan selain dari tiga perkara di atas.

KOS
1. Untuk Pembaharuan
    Yuran Pembaharuan RM60.00 dan Kod Perkhidmatan - RM10.00
    - tidak termasuk denda sekiranya ada
2. Dapatkan Butiran Perniagaan
    RM20.00 termasuk Yuran Perkhidmatan

NOTA - berdasarkan Kaunter Pejabat SSM Alor Setar.
1. Perkhidamatan Pembaharuan disediakan di Kaunter Bank Simpanan Nasional. Perkhidmat ini adalah untuk perkhidmatan pembaharuan biasa. Sekiranya terdapat denda iaitu untuk Pendaftaran yang telah luput, pembaharuan hendaklah dibuat di kaunter SSM dan di kaunter BSN tidak boleh.
2. Pendaftaran Perniagaan yang luput lebih dari setahun, pembaharuan tidak boleh dilakukan. Pendaftaran semula hendaklah dibuat. Penggunaan Nama Perniagaan adalah tertakluk kepada keadaan samada telah digunakan atau belum.
3. Pendaftaran Perniagaan yang luput lebih dari setahun dikira TUTUP. Sekiranya pelanggan ingin tutup - pihak pengurusan ingin menasihatkan supaya PENUTUPAN hendaklah dibuat secara rasmi dengan mengisi Borand C. Ini adalah untuk mengelaksebarang perkara yang berbangkit.
4. Kemasukkan atau pengeluaran hendaklah dilakukan dengan penama-penama hadir di kaunter SSM.

No comments: