Saturday, May 18, 2013

TATACARA PENGURUSAN

Pelanggan boleh datang sendiri atau pos maklumat yang berkaitan kepada Pihak Pengurus. Penghantaran maklumat hendaklah disertakan dengan 50% yuran yang dikenakan.

Pihak pengurusan akan mendapatkan maklumat dari pelanggan yang datang sendiri atau melalui pos, menyemak dan mengisi borang-borang yang berkaitan.

Sekiranya memerlukan pengesahan dari pihak bank, Borang yang berkenaan akan disediakan dan diserahkan kepada pelanggan bagi mendapatkan pengesahan bank. Borang ini hendaklah dikembalikan kepada pihak pengurusan bersama lain-lain maklumat yang diperlukan sekiranya ada. Borang dan maklumat yang dikembalikan hendaklah disertakan baki bayaran. Pihak Pengurusan akan meminta maklumat tambahan sekiranya perlu.

Setelah Borang disemak dan maklumat disusun (Borang dilengkapkan dengan maklumat), pihak pengurusan akan menghantar kepada Agensi yang terlibat samada melalui tangan (yang dekat) atau pos (contohnya KL). Maklumat akan dibuat salinan untuk simpanan pihak pengurusan. Maklumat ini sebagai rujukan masa depan. Sekiranya pelanggan ingin masih memerlukan perkhidmatan di masa hadapan, pelanggan hanya perlu menghubungi pihak pengurusan dan perkhidmatan akan disediakan.

Maklumat yang disimpan juga akan memudahkan pelanggan untuk bersoaljawab dengan pihak pengurusan sekiranya terdapat perkara-perkara berbangkit.

NOTA :
Pihak pengurusan hanya menguruskan Borang-Borang dan menghantar Borang kepada agensi yang berkenaan. Pihak pengurusan tidak menjalankan tugas-tugas lobi bagi sesuatu urusan.

Dengan itu pihak pengurusan tidak terikat dengan GAGAL atau LULUS sesuatu permohonan.

Namun begitu untuk kes-kes permohonan baru, pihak pengurusan akan memberi khidmat yang sepatutnya supaya pelanggan akan mengetahui tahap permohonan.

No comments: