Tuesday, May 21, 2013

LATAR BELAKANG CIDB

LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB)

CIDB ditubuhkan melalui AKTA PARLIMEN AKTA 520 bagi mengemaskini sektor pembinaan dan bagi memenuhi kehendak dan piawaian dunia.

Pada permulaan penubuhannya, Pendaftaran CIDB tidak digunakan bagu tujuan mendapatkan projek kerajaan. Pendaftaran PKK digunakan bagi tujuan berkenaan. Pendaftaran CIDB banyak digunakan oleh sektor bagi mendapatkan projek-projek.

Sementara itu Kontraktor PKK mesti berdaftar dengan CIDB bagi membolehkan syarikat-syarikat menjalankan kerja secara sah.

Kini kerajaan telah menyatukan Pendaftaran Kontraktor di bawah satu jabatan, maka Kontraktor PKK perlu menukarkan pendaftaran kepada pendaftaran CIDB. Kontraktor PKK yang berjaya di anugerahkan satu lagi Sijil Pendaftaran iaitu SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK). Kontraktor yang ada CIDB dan SPKK sahaja yang layak menyertai tender kerajaan.

PKK masih menjalankan Fungsi untuk menilai dan memberi Taraf Bumiputra kepada syarikat yang layak.


No comments: