Wednesday, May 22, 2013

LATAR BELAKANG PKK

PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR (PKK)

Sebelum PKK ditubuhkan, jabatan kerajaan yang menjalankan kerja perbinaan mempunyai lesen dan sistem pendaftaran lesen masing-masing. Agensi yang utama adalah JKR, JPS (dulunya JPT) dan sebagainya. Sementara agensi lain adalah seperti Telekom, Jabatan Hutan dan sebagainya.

Di awal tahun 80an, lesen-lesen ini disatukan di bawah agensi yang bari iaitu PUSAKABUMI dan kemudiannya di tukar kepada nama PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR.

Pada mula ditubuhkan PUSAKABUMI diletakkan dibawah Jabatan Perdana Mentera di peringkat PUSAT, sementara di negeri PUSAKABUMI diletakkan di bawah PEJABAT KEMAJUAN NEGERI, Jabatan Perdana Menteri. Kini Pejabat Kamjuan Negeri telah di tukar nama kepada PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN.

Setelah itu PUSAKABUMI ditukar nama kepada PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR di keluarkan dari JABATAN PERDANA MENTERI dan diletakan di bawah KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN. Setelah KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN dimansuhkan, PKK diletakan di bawah KEMENTERIAN KERJA RAYA. sehingga sekarang.

PKK menjalankan tugas untuk mengeluarkan lesen-lesen pembinaan, pembaikan, bina perabut dan sebagainya kepada syarikat dan orang persaorang bagi membolehkan mereka mendapatkan projek-projek jabatan-jabatan kerajaan.

PKK mengeluarkan lesen Pendaftaran dan juga Pengiktirafan Bumiputra kepada syarikat yang layak.

Ketika itu tiada agensi kerajaan yang mengawasi kerja-kerja di sektor swasta.

Tidak lama selepas itu CIDB ditubuhkan dan kontraktor PKK di kehendaki berdaftar dengan CIDB bagi membolehkan syarikat menjalankan kerja secara sah. Pada masa ini bidang-bidang yang terdapat tidak digunakan pakai oleh agensi kerajaan.

Kini setelah kerajaan membuat dasar yang baru di mana pendaftaran CIDB perlu digunakan sebagai Lesen Utama diguna pakai oleh semua agensi samda kerajaan atau swasta, maka PKK akan menjalankan tugas menilai dan memberi Taraf Bumiputra kepada syarikat yang layak.

No comments: