Friday, May 31, 2013

ALAMAT SURAT MENYURAT

 

MAT ISA BIN ABDULLAH

LOT 943, TINGKAT 1

KOMPLEK PERUDA

JALAN SULTAN BADLISHAH

05000 ALOR SETAR

KEDAH DARULAMAN

 

TEL        : 04-7331154

                 015-48131154 (TELEFON INTERNET - PEJABAT)

FAK       : 04-7351857

TEL. T   : 019-4405959

EMAIL    : shazai@ymail.com


NOTA :

KEPADA PELANGGAN TETAP SHA-ZAI,

Selepas Pendaftaran PKK diambil alih oleh CIDB, masih banyak kontraktor yang belum selesai pengambilan. Masa telah berlalu tetapi belum terlewat untuk selaraskan pendaftaran. Sola semak Bidang-bidang yang diperolehi Pendaftaran CIDB.


Kepada pelanggan yang lain, sila kemukakan satu Salinan CIDB, SPKK, TARAF PKK dan Sijil PKK yang lama untuk semakan maklumat dan kemaskini maklumat  tarikh luput.


Sekian.

 

Thursday, May 30, 2013

TUJUAN UTAMA

Tujuan utama BLOG ini disediakan adalah untuk membantu dan menyediakan perkhidmatan kepada mereka-mereka yang baru menceburi bidang kontraktor binaan dan pembekalan terutama lepasan sekolah atau pengajian tinggi. Dengan ini mereka tidak tercari-cari tempat untuk meminta bantuan perkhidmatan dan permohonan perlesenan.

Perkhidmatan ini juga disediakan kepada mereka yang sibuk dalam menjalankan perniagaan sehingga tidak mempunyai masa untuk menguruskan perlesenan.

Perkhidmatan ini juga disediakan kepada mereka yang tidak memahami sesuatu tatacara permohonan.

Makluman tentang perkhidmatan ini adalah bagi membantu mereka mendapatkan lesen-lesen yang berkaitan disamping kos perkhidmatan yang berpatutan. Dengan kos yang berpatutan, pelanggan akan berasa puas dan ingin datang semula untuk mendapatkan perkhidmatan kali kedua.

Terdapat pelanggan yang datang pertama kali untuk mendapatkan perkhidmatan, dan terus mendapatkan perkhidmatan kali kedua, ketiga dan seterusnya tanpa perlu datang ke pejabat. Segala urusan adalah melalui pos dan semua bayaran yang diperlukan adalah melalui BAYARAN WANG POS, BAYARAN CEK atau BAYARAN MELALUI `INTERNET BANKING'.

Kini kami banyak kontraktor di KEDAH telah menggunakan perkhidmatan kami.


HUBUNGI KAMI UNTUK MENIKMATI PERKHIDMATAN KAMI

Wednesday, May 29, 2013

PENGASAS

LATAR BELAKANG PENGASAS

NAMA                : Mat Isa Bin Abdullah

TEMPAT LAHIR : Kedah

KELULUSAN     : Diploma Kejuruteraan Awam (UTM-1982)


PENGALAMAN KERJA :
1. Bekerja di Jabatan Kerjaraya, Ibu Pejabat, Kuala Lumpur (2tahun)
2. Bekerja di Pusat Khidmat Kontraktor, Negeri Kedah (12 Tahun) - Lihat Surat di bawah
3. Bekerja di Jabatan Kerjaraya, Pendang, Kedah (6 bulan)
4. Menjalankan perniagaan pengurusan mulai 01.01.1997 hingga sekarang.

Meletak jawatan dari agensi kerajaan bagi menyediakan dan menjalankan perniagaan Pengurusan berkaitan dengan perlesenan.

Semasa Kementerian Kewangan mengubah cara permohonan kepada Permohonan Atas Talian dan Commerce Dot Com Sdn. Bhd. di tauliahkan untuk mengendalikan sistem ini, Pengasas ini pernah dilantik sebagai AGEN YANG DILANTIK. Perlantikan ini adalah bagi membantu kontraktor-kontraktor sediada dan yang baru menghadapi perubahan tata cara permohonan Atas Talian. Sila Lihat Sijil di bawah.

Dengan itu banyak pengalaman yang diperolehi bagi membantu syarikat yang ingin memohon Lesen Kementerian Kewangan

Tuesday, May 28, 2013

SEJARAH SSM

SEJARAH SSM

SSM juga mengalami beberapa beberapa perubaha. Sebelum ini SSM terbagai kepada dua pejabat yang berasingan, iaitu Pejabat Pendaftaran Perniagaan dan Pejabat Pendaftaran Syarikat. Kedua jabatan ini diletakan di bawah Kementerian Hal Pengguna (kalau tak silap)

Kemudian kedua-dua pejabat ini disatukan dan diasingkan serta diberikan Indentiti SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM).

SSM juga mengalami perubahan dalam tatacara pendaftaran. Dahulu Pendaftaran Perniagaan dilakukan dengan disahkan oleh PEURUHJAYA SUMPAH, JAKSA PENDAMAI, PENGHULU atau sebagai.

Kini tatacara berkenaan tersebut telah dibatalkan dan setiap urusan hendaklah datang sendiri ke Kaunter SSM.

SSM juga mempekenalkan urusan secara atas talian, tetapi beberapa bahagian telah dimahsuhkan kerana terdapat salahguna dikalangan pengguna terutama kes MASUK KELUAR AHLI KONGSI.

Monday, May 27, 2013

SEJARAH LESEN KONTRAK


Terdapat dua jenis Lesen Kontraktor iaitu :

1. Pembinaan - ini melibatkan lesen CIDB dan PKK
2. Pembekalan - ini melibatkan lesen Kementerian Kewangan.

Disamping itu terdapat lesen-lesen lain yang terlibat dengan lesen-lesen kontrak. Di antaranya Lesen Pendawaian Elektrik yang dikeluarkan oleh SURUHANJAYA TENAGA sebelum sesaorang atau syarikat ini boleh memohon lesen Eletrik di bawah CIDB.

Terdapat juga keperluan lain apabila sesaorang ingin memohon Lesen Kontrak. Sebagai contoh, Lesen Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebelum sesaorang atau syarikat mendapat bidang-bidang tertentu di bawah Lesen Kontrak.

Begitu juga lesen Kementerian Kewangan, Lesen atau keperluan tambahan diperlukan bagi syarikat mendapatkan bidang-bidang tertentu seperti PERCETAKAN yang memerlukan permit Percetakan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Wednesday, May 22, 2013

LATAR BELAKANG PKK

PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR (PKK)

Sebelum PKK ditubuhkan, jabatan kerajaan yang menjalankan kerja perbinaan mempunyai lesen dan sistem pendaftaran lesen masing-masing. Agensi yang utama adalah JKR, JPS (dulunya JPT) dan sebagainya. Sementara agensi lain adalah seperti Telekom, Jabatan Hutan dan sebagainya.

Di awal tahun 80an, lesen-lesen ini disatukan di bawah agensi yang bari iaitu PUSAKABUMI dan kemudiannya di tukar kepada nama PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR.

Pada mula ditubuhkan PUSAKABUMI diletakkan dibawah Jabatan Perdana Mentera di peringkat PUSAT, sementara di negeri PUSAKABUMI diletakkan di bawah PEJABAT KEMAJUAN NEGERI, Jabatan Perdana Menteri. Kini Pejabat Kamjuan Negeri telah di tukar nama kepada PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN.

Setelah itu PUSAKABUMI ditukar nama kepada PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR di keluarkan dari JABATAN PERDANA MENTERI dan diletakan di bawah KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN. Setelah KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN dimansuhkan, PKK diletakan di bawah KEMENTERIAN KERJA RAYA. sehingga sekarang.

PKK menjalankan tugas untuk mengeluarkan lesen-lesen pembinaan, pembaikan, bina perabut dan sebagainya kepada syarikat dan orang persaorang bagi membolehkan mereka mendapatkan projek-projek jabatan-jabatan kerajaan.

PKK mengeluarkan lesen Pendaftaran dan juga Pengiktirafan Bumiputra kepada syarikat yang layak.

Ketika itu tiada agensi kerajaan yang mengawasi kerja-kerja di sektor swasta.

Tidak lama selepas itu CIDB ditubuhkan dan kontraktor PKK di kehendaki berdaftar dengan CIDB bagi membolehkan syarikat menjalankan kerja secara sah. Pada masa ini bidang-bidang yang terdapat tidak digunakan pakai oleh agensi kerajaan.

Kini setelah kerajaan membuat dasar yang baru di mana pendaftaran CIDB perlu digunakan sebagai Lesen Utama diguna pakai oleh semua agensi samda kerajaan atau swasta, maka PKK akan menjalankan tugas menilai dan memberi Taraf Bumiputra kepada syarikat yang layak.

Tuesday, May 21, 2013

LATAR BELAKANG CIDB

LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB)

CIDB ditubuhkan melalui AKTA PARLIMEN AKTA 520 bagi mengemaskini sektor pembinaan dan bagi memenuhi kehendak dan piawaian dunia.

Pada permulaan penubuhannya, Pendaftaran CIDB tidak digunakan bagu tujuan mendapatkan projek kerajaan. Pendaftaran PKK digunakan bagi tujuan berkenaan. Pendaftaran CIDB banyak digunakan oleh sektor bagi mendapatkan projek-projek.

Sementara itu Kontraktor PKK mesti berdaftar dengan CIDB bagi membolehkan syarikat-syarikat menjalankan kerja secara sah.

Kini kerajaan telah menyatukan Pendaftaran Kontraktor di bawah satu jabatan, maka Kontraktor PKK perlu menukarkan pendaftaran kepada pendaftaran CIDB. Kontraktor PKK yang berjaya di anugerahkan satu lagi Sijil Pendaftaran iaitu SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK). Kontraktor yang ada CIDB dan SPKK sahaja yang layak menyertai tender kerajaan.

PKK masih menjalankan Fungsi untuk menilai dan memberi Taraf Bumiputra kepada syarikat yang layak.


Sunday, May 19, 2013

LATAR BELAKANG KEMENTERIAN KEWANGAN

LATAR BELAKANG KEMENTERIAN KEWANGAN

Kementerian Kewangan tidak mengalami perubahan jabatan.

Tetapi Lesen Kementerian Kewangan mengalami perubahan dari segi tata cara permohonan perlesen.

Saturday, May 18, 2013

TATACARA PENGURUSAN

Pelanggan boleh datang sendiri atau pos maklumat yang berkaitan kepada Pihak Pengurus. Penghantaran maklumat hendaklah disertakan dengan 50% yuran yang dikenakan.

Pihak pengurusan akan mendapatkan maklumat dari pelanggan yang datang sendiri atau melalui pos, menyemak dan mengisi borang-borang yang berkaitan.

Sekiranya memerlukan pengesahan dari pihak bank, Borang yang berkenaan akan disediakan dan diserahkan kepada pelanggan bagi mendapatkan pengesahan bank. Borang ini hendaklah dikembalikan kepada pihak pengurusan bersama lain-lain maklumat yang diperlukan sekiranya ada. Borang dan maklumat yang dikembalikan hendaklah disertakan baki bayaran. Pihak Pengurusan akan meminta maklumat tambahan sekiranya perlu.

Setelah Borang disemak dan maklumat disusun (Borang dilengkapkan dengan maklumat), pihak pengurusan akan menghantar kepada Agensi yang terlibat samada melalui tangan (yang dekat) atau pos (contohnya KL). Maklumat akan dibuat salinan untuk simpanan pihak pengurusan. Maklumat ini sebagai rujukan masa depan. Sekiranya pelanggan ingin masih memerlukan perkhidmatan di masa hadapan, pelanggan hanya perlu menghubungi pihak pengurusan dan perkhidmatan akan disediakan.

Maklumat yang disimpan juga akan memudahkan pelanggan untuk bersoaljawab dengan pihak pengurusan sekiranya terdapat perkara-perkara berbangkit.

NOTA :
Pihak pengurusan hanya menguruskan Borang-Borang dan menghantar Borang kepada agensi yang berkenaan. Pihak pengurusan tidak menjalankan tugas-tugas lobi bagi sesuatu urusan.

Dengan itu pihak pengurusan tidak terikat dengan GAGAL atau LULUS sesuatu permohonan.

Namun begitu untuk kes-kes permohonan baru, pihak pengurusan akan memberi khidmat yang sepatutnya supaya pelanggan akan mengetahui tahap permohonan.

Thursday, May 16, 2013

PERKHIDMATAN SSM

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA - SSM

1. Membaharui Pendaftaran Perniagaan
2. Mendapatkan salinan pendafrtaran perniagaam
3. Mendapatkan salinan maklumat perniagaan

SSM juga menyediakan perkhidmatan atas talian, tetapi pihak pengurusan tidak menjalankan perkhidmatan ini kerana ia agak rumit dan memakan masa.

SSM tidak membenarkan agen atau pihak ketiga menjalankan urusan selain dari tiga perkara di atas.

KOS
1. Untuk Pembaharuan
    Yuran Pembaharuan RM60.00 dan Kod Perkhidmatan - RM10.00
    - tidak termasuk denda sekiranya ada
2. Dapatkan Butiran Perniagaan
    RM20.00 termasuk Yuran Perkhidmatan

NOTA - berdasarkan Kaunter Pejabat SSM Alor Setar.
1. Perkhidamatan Pembaharuan disediakan di Kaunter Bank Simpanan Nasional. Perkhidmat ini adalah untuk perkhidmatan pembaharuan biasa. Sekiranya terdapat denda iaitu untuk Pendaftaran yang telah luput, pembaharuan hendaklah dibuat di kaunter SSM dan di kaunter BSN tidak boleh.
2. Pendaftaran Perniagaan yang luput lebih dari setahun, pembaharuan tidak boleh dilakukan. Pendaftaran semula hendaklah dibuat. Penggunaan Nama Perniagaan adalah tertakluk kepada keadaan samada telah digunakan atau belum.
3. Pendaftaran Perniagaan yang luput lebih dari setahun dikira TUTUP. Sekiranya pelanggan ingin tutup - pihak pengurusan ingin menasihatkan supaya PENUTUPAN hendaklah dibuat secara rasmi dengan mengisi Borand C. Ini adalah untuk mengelaksebarang perkara yang berbangkit.
4. Kemasukkan atau pengeluaran hendaklah dilakukan dengan penama-penama hadir di kaunter SSM.

Tuesday, May 14, 2013

PERKHIDMATAN CIDB

LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA - CIDB

1. Khidmat Nasihat Pendaftaran 
2. Pengisian Borang - 1. BARU
                                  2. PEMBAHARUAN
                                  3. NAIK GRED
3. Kebenaran Khas
4. Permohonan Baru dan Pembaharuan Kad Hijau
5. Surat-surat rayuan.

Sunday, May 12, 2013

PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR

PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR - PKK
1. Khidmat Nasihat Pendaftaran
2. Pengisian Borang - A. Pembaharuan Taraf Bumiputra
                              B. Perubahan Alamat
                              C. Perubahan Ahli Kongsi
3. Mengurus surat-menyurat

Friday, May 10, 2013

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA - KKM

1. Khidmat Nasihat Permohonan Pendaftaran 
2. Pengisian Borang atas talian - 1. BARU
                                             2. PEMBAHARUAN
                                             3. TAMBAH BIDANG
                                             4. TARAF BUMIPUTRA
3. Menguruskan apa-apa Yuran yang dikenakan

YURAN PERKHIDMATAN :
- Permohonan Baru RM 350.00 - Pendaftaran Sahaja
- Permohonan Taraf RM 150.00
- Permohonan Pembaharuan RM300.00

YURAN PENDAFTARAN :
- RM 450.00 untuk 10 bidang yang pertama
- RM 50.00 untuk setiap bidang yang lebih dari 10

NOTA :
Setiap syarikat hanya boleh memohon sehingga 30 bidang sahaja.

MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN - JIKA PENDAFTARAN PERNIAGAAN
1. Salinan Pendaftaran Perniagan - Borang D dan Butiran
2. Salinan Penyata Bank
3. Salinan Kad Pengenalan
4. Maklumat Alamat
5. Maklumat Kerani
6. Lain-lain maklumat akan dinyatakan kemudian

MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN - JIKA PENDAFTARAN SYARIKAT
1. Salinan Borang 9 - Sijil Pendaftaran Syarikat
    Salinan Borang 24 - Maklumat Saham
    Salinan Borang 49 - Maklumat Pengarah
    Salinan Lapuran Tahunan - jika umur syarikat lebih dari setahun
2. Salinan Penyata Bank
3. Salinan Kad Pengenalan
4. Maklumat Alamat
5. Maklumat Kerani
6. Lain-lain maklumat akan dinyatakan kemudian.

BAYARAN
Sila buat bayaran 50% dari Yuran Perkhidmatan melalui CEK dan WANG POS
Bayaran melalui ON-LINE hendaklah disertakan SLIP BAYARAN bersama dokumen.

Sebaik sahaja Pihak Pengurusan mendapat dokumen anda, borang akan disediakan dan anda akan diberi khidmat nasihat apa-apa yang perlu dilakukan. Ini termasuk apa yang boleh mohon dan apa yang tidak boleh di pohon.



Wednesday, May 8, 2013

BAYARAN

Bayaran boleh dibuat dengan berbagai cara.

1. Bayaran secara tunai di pejabat

2. Bayaran melalui CEK atas nama MAT ISA BIN ABDULLAH

3. Bayaran melalui WANG POS atas nama MAT ISA BIN ABDULLAH

4. Bayaran melalui MAYBANK - 1520-2325-9494

5. Bayaran melalui BSN -02100-41-00011435-9

Selepas bayaran secara on-line dibuat, pelanggan hendaklah memaklumkan kepada Pihak Pengurusan dengan SMS -

TAIP -
TARIKH - BANK - JUMLAH DAN MASA

dan hantar kepada 019-4405959

Bukti pembayaran boleh juga disertakan bersama-sama maklumat yang akan di hantar kepada Pihak Pengurusan.